Kyra Corner

Selamat Singgah Di Teratak Saya,
Tempat Mencurah Segala Ilham Yang Hadir,
Moga Kita Bersama Dapat Berkongsi,
Diatas Tinta Hikmah Penuh Rahmat Ini.

Quetim Chat

COPY??? CANNOT!!!

Thursday, August 26, 2010

Anjing Dan Kucing 9

Puspa dan Kassim sejak lebih 2 jam yang lalu mendiamkan diri sahaja di dalam kereta Nissan Skyline milik Kassim. Tiada lagu yang berkumandang. Hanya bunyi kereta sahaja yang meluncur laju di lebuhraya itu. Masing-masing tidak tahu untuk berkata apa. Kassim tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Adakah membawa Puspa pulang ke rumahnya satu keputusan yang bijak? Dia sendiri tidak tahu. Jari jemarinya ligat mengetuk stereng kereta itu. Ligat juga otaknya berfikir apakah yang akan terjadi di antara dia dan Puspa. Kelamkah masa depannya bersama Puspa? Haruskah dia menerima sahaja Puspa sebagai suri hatinya atau mereka akan membawa haluan masing-masing? Dia tidak tahu.


”Kassim, kita... I mean kau nak bawa aku pergi mana?” Puspa beralah dengan membuka dahulu bicara. Cuba membuang jauh ego seorang perempuan yang dimiliki.


Kassim mengetap bibirnya.


“Kau nak aku hantar kau ke mana? Kau cuti lagikan?” Kassim tidak tahu apa yang harus direncanakannya.


”Aku mana tahu apa nak plan. Semua jadi sekelip mata. Aku pun blur lah...”


Wajah Puspa di tatap Kassim. Jelas terpampar seribu satu kekeliruan di situ. Namun, Kassim juga tidak tahu apakah keputusan yang terbaik untuk mereka lakukan. Satu yang Kassim pasti bahawa Puspa dan dia tidak wajar disatukan. Mereka bukan pasangan dua sejoli. Itu hanya lakonan semata.


Kassim membelok ke kiri. Mengambil keputusan untuk berehat sebentar di perhentian Genting Sempah. Mengambil keputusan untuk makan di dalam kereta, Kassim hanya memesan makanan fast food Mc Donald melalui drive thru.


Kereta di parkir di sisi Mc Donald. Otaknya ligat memikirkan jalan penyelesaian antara mereka berdua. Kedua-duanya diam sambil menikmati juadah Big Mac yang di beli sebentar tadi.


“Puspa, senang cerita aku pun malas nak berbasa-basi dengan kau. Aku tahu kita tak sefahaman. Setiap kali kita jumpa pun kita akan gaduh. Aku sememangnya tak setuju dengan perkahwinan ni tapi apa daya kita terpaksa untuk jaga maruah Tok Aki dan Wok kat kampung. Aku rasa kita buat hal masing-masing dahulu sementara kita fikirkan untuk terima hakikat ni atau tak,” Kassim cuba untuk tidak mengguris hati Puspa. Dirasakan penyampaian kata-katanya mudah difahami Puspa. Juga mudah untuk mereka praktikkan.


”OK!” jawapan ringkas dari Puspa yang terlalu asyik dengan Big Mac nya. Perangai Puspa yang satu ini tidak dapat dikawal. Puspa lemah apabila dirinya di goda oleh makanan.

Aik? Senangnya nak suruh Puspa ni setuju. Mood dia baik sangat ke apa? Entahlah janji dia setuju sudah.


Kassim tersenyum melihat gelagat Puspa. Pertama kali dalam hidup dia melihat Puspa seorang yang comel. Rakus Puspa menjamah dua biji burger Big Mac berserta dua large fries dan satu Mc Flurry. Bagai orang hilang pertimbangan lagaknya.


Kassim hanya tersenyum dan pantas memulakan semula perjalanan. Kata sepakat telah di capai. Dia dan Puspa akan menjalani hidup masing-masing dan mereka sepakat untuk melindungi masing-masing apabila mereka di selidik kemudian.

.......................................................................

”Wey Senget bangunlah! Bangun! BANGUN!!!” Puas Kassim menggerakkan Puspa yang lena kekenyangan.


Digoncangkan tubuh mungil itu. Barulah Puspa membuka matanya. Mulutnya menguap lebar dan sepantas itu juga tapak tangannya melekap pantas. Terhias di jari tangannya cincin dihias permata ungu itu. Mata Kassim tertancap di situ. Lidahnya kelu. Bibirnya tidak bisa berkata. Otaknya menjadi dungu.


Kassim betulkah keputusan kau?
Hati Kassim tertanya-tanya. Jika tadi dia yakin keputusannya benar. Kini tidak lagi.


”Kita kat mana dah ni Kassim?” Puspa bertanya sambil tangannya terpisat-pisat menenyeh mata yang masih lagi berat mahu menyambung lena.


Kassim hanya diam. Puspa pula puas meneliti kiri kanan jalan lebuhraya itu. Kassim memberhentikan kereta di tepi jalan lantaran mahu mengejutkan Puspa.


”Oh...!!! Dah kat Shah Alam dah. Kau nak hantar aku dulukan? Hantar aku kat rumah sewa aku. Tak jauh dah dari sini. 10 minit je. Kena naik persiaran kayangan dulu. Kita kena pergi ke seksyen 7. Rumah aku kat situ. Aku tunjukkan jalan kat kau. Cepatlah!”


Puspa memberi arahan kepada Kassim. Kassim hanya mengikut sahaja apa yang Puspa arahkan. Sehinggalah keretanya terparkir benar-benar di hadapan rumah teres dua tingkat yang nampak sepi itu.


Puspa pantas membuka pintu. Lantas dia terus ke belakang kereta untuk mengeluarkan beg pakaiannya di dalam bonet. Di ketuk-ketuk bonet kereta kassim dengan kuat lantaran Kassim yang hanyut dalam angannya.


”Apa tah si mereng ni dok khayalkan... ngek tul,” omel Puspa.


Diambilnya beg pakaian. Laju di tutup bonet kereta Kassim. Belum sempat di lambai tangannya ke arah Kassim. Kassim sudah memecut meninggalkannya termangu-mangu di situ.

”Ek eleh kerek betul si mereng ni,” hati Puspa bengkek sambil diunjukkan penumbuk tangannya.

24 comments:

Anonymous said...

lamanya baru awak update

MaY_LiN said...

huhuhu..bile ladorang nak baik ni..
kassim jatuh hati kat puspa ya

Anonymous said...

seterusnye....
cepat la sambung...

Anonymous said...

aahaaaaa...best citer ni ....kalakoooorrrr....ble next episodnyerrrrr....=(

Anonymous said...

bile nk sambung??
best la..
cepat ek..

pipvz devil said...

bile nk smbung cite ni..best le cite ni..sukeee sgt..cpt2 lah smbung ek..bleh kn..

pipvz devil said...

I like~cite ni..Agak2 bile nk smbung ek..Truje gile dah ngan cite ni..Kalu bleh nk aje n3 bru..Xsabow 2~..Hehehe..Truskn bkarya..N mga mdpt idea mncurah2..t leh le ceq bce n3 bru..muhahaha..sokongan ada makna tuuu~

Lee said...

timmmm.....like always la...i love all ur n3 for this novel...so xsaba nk bce smbungannye...cpt2 cikit k....ngeeeee...

Anonymous said...

sambg la cpt cter nie....x sabar nk bc cetr seterusnye......(mood...excited)

Anonymous said...

wwwwwaaaaaaaaaahhhhhhhhh.....!!x stkat da ada entry bwu....haha...papew pon yg pnting....cpt lah smbung...da rse cam smkin best....haha...

HirumaKecil said...

We are waiting...... dah cukup2 2 bulan dah ni... lambat pon lambat la... janji best..

Anonymous said...

best jugak..

bayti said...

cepat arr...nak n3 baru...mc ne ending nyer ni...cpat aw ....

Anonymous said...

bila nak sambung balik, tak sabar nak baca

AyE said...

cepat lar sambong....bes cite niy!!!

Anonymous said...

mmg bestlah citer ni...xsabar nk tgu next2 episod...keep it up...

Anonymous said...

sy da dpt afal nma blog niyh..smua cter die pom...cpatla...x sba niyh...

Anonymous said...

bila nak ada n3 baru ni kyra.. xsabar dah ni.. best gila baca..

Anonymous said...

lmbatnyer..nk n3 bru..plezzzzzz...

Anonymous said...

kau bt aku ternanti2 ending citer ni...

Anonymous said...

kutim....copek la...adesss.....penat nunggunye.....huh

Anonymous said...

bler en3 bru nk kuar...

Anonymous said...

bila nak sambung? sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan.. tegakah cik penulis menyiksa para pembaca y setia menunggu..

Anonymous said...

dah 2012 dahhhh..... T.T

Post a Comment

Tme Kasih